ShareThis to the world!

Warna Bendera Rusia Dan Jalur MAS Sama Punca MH17 Ditembak?

Ketika ini, salah satu teori yang sedang diperkatakan ialah pesawat MAS MH17 ditembak oleh tentera Ukraine yang tersilap faham dengan warna kapal MAS.
Ini kerana, bendera musuh mereka, Rusia mempunyai jalur warna yang hampir sama dengan pesawat MAS.
Seperti yang diketahui, bendera Rusia terdiri daripada jalur putih, biru dan merah.
Jika diperhatikan, kebanyakan peswat MAS juga mempunyai jalur yang sama.
Namun, teori ini sukar untuk dibuktikan. Lagipun nama Malaysia jelas tertera di pesawat itu. Kalau ditembak atas dasar warna semata-mata, mungkin tukang tembak itu jenis buta huruf dan tak sekolah.
Wujud dakwaan kapal terbang rasmi Presiden Rusia, Vladimir Putin juga hampir menyerupai kapak terbang MAS dan ia terbang melewati laluan yang sama dengan MH17.
Dakwaan ini nampak lebih kukuh.
putin
Setakat ini tidak diketahui pihak mana yang melakukan tembakan namun banyak jari bertumpu kepada pihak tentera Ukraine yang dikatakan menggunakan sistem peluru berpandu BUK bagi tujuan itu.
Kebetulan, baru sehari lalu Kiev memasang sistem itu di Timur Ukraine.
MH17 membawa 295 penumpang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
mh russia


SUMBER:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Warna Bendera Rusia Dan Jalur MAS Sama Punca MH17 Ditembak?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info