ShareThis to the world!

Punca Pelakon Filem Batman Turun Berat Badan Mendadak

Ini kerana berdasarkan skrip, watak pelakon utama dalam filem itu hanya mempunyai ketinggian kira-kira lima kaki enam inci dengan berat yang seimbang dengan ketinggian tersebut, sedangkan Bale berukuran 6 kaki.

Namun selepas Bale dipilih untuk berlakon filem itu, penulis tidak melakukan penyelarasan mengenai penerangan berat badan pelakon utama di dalam skrip.

Ia menyebabkan Bale terpaksa menguruskan badan untuk disesuaikan dengan watak tersebut.
“Saya kemudian memberitahu penulis supaya tidak menyelaras berat dalam skrip kerana saya menganggapnya sebagai cabaran untuk saya menguruskan badan dan melihat setakat mana saya mampu melakukannya,’’ katanya.

Selepas berat badannya turun dengan mengejut untuk filem ‘The Machinist’, Bale kemudiannya terpaksa menambah semula berat badannya dalam masa enam minggu untuk melakonkan filem Batman Begins.

Bagi tujuan itu dia terpaksa makan banyak pizza dan ais krim.
“Saya terpaksa makan pizza dan ais krim dalam hidangan lima kali sehari dan perut saya memang `penuh’,’’ katanya.





sumber: http://mynewshub.cc/2014/10/11/pelakon-filem-batman-turun-berat-badan-mendadak/
0 Komentar untuk "Punca Pelakon Filem Batman Turun Berat Badan Mendadak"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info