STADIUM Nasional, Bukit Jalil yang kini berhadapan dengan masalah kualiti padang.
KUALA LUMPUR – Pertukaran venue perlawanan antara Harimau Malaya dan Barcelona dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam terpaksa dilakukan bagi mengelak perlawanan tersebut dibatalkan.
Pengarah Urusan BSC Soccer (M) Sdn. Bhd. merangkap penganjur Jelajah Asia Barcelona 2013, Effendi Jagan Abdullah berkata, pihaknya terpaksa mengambil keputusan drastik itu demi mematuhi permintaan pasukan pelawat.
Menurut beliau, pengurusan pasukan Barcelona telah mengemukakan permintaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menukar aksi ke Stadium Shah Alam selepas mendapati kualiti padang Stadium Nasional tidak begitu memuaskan.
Selain itu, Effendi turut mengesahkan bahawa dua pemain The Catalan termasuk penjaga gol kedua, Jose Manuel Pinto mengalami kecederaan ketika menjalani sesi latihan di Stadium Nasional kelmarin
Sumber : Kosmo Online
Sumber : Kosmo Online
0 Komentar untuk "Punca Perlawanan Barcelona vs Malaysia Ditukar Ke Stadium Shah Alam"