- Irwan Shah amat bersyukur kerana terlepas hukuman gantung sampai mati selepas mendapat surat pengampunan pada Februari lalu.
BENTONG – Bagai mati hidup semula! Itulah perumpamaan yang dapat menggambarkan perasaan seorang banduan menerima hukuman gantung sampai mati atas kesalahan memiliki ganja seberat tiga kilogram pada tahun 1997.
Irwan Shah (bukan nama sebenar), 41, berasal dari Aceh, Indonesia, yang menjalani hukuman di Penjara Bentong berkata, selepas disabitkan kesalahan dia hidup sebagai banduan akhir hampir 20 tahun sehingga ‘hidupnya’ dikembalikan semula apabila mendapat surat pengampunan Februari lalu.
Katanya, ketika mendapat berita gembira itu, tiada kata-kata yang mampu diucapkan, dia sujud syukur beberapa ketika.
"Saya sangat bersyukur kerana terlepas daripada hukuman mati dan menjalani kehidupan seterusnya sebagai banduan di sel biasa dalam tempoh hukuman berbaki lebih kurang 13 tahun lagi.
“Ketika menjalani hukuman sebagai banduan akhir, saya ditempatkan dalam sel individu. Ini bermakna kehidupan saya terasing daripada banduan lain," katanya.
Menurutnya, selama 20 tahun dia meraikan hari raya berseorangan dan nikmat menyambut Syawal hanya dapat dibayangkan sahaja dengan mengenangkan kenangan indah yang pernah dilalui bersama sanak saudara.
Namun katanya, Syawal kali ini amat bermakna kerana dia dapat merasai nikmat kebebasan walaupun masih berdepan hukuman.
Katanya, dia boleh menyambut Syawal bersama rakan banduan lain dan menjalankan pelbagai aktiviti termasuk membayar zakat fitrah dan menunaikan solat sunat Aidilfitri.
“Saya tidak sabar untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga walaupun saya mengakui mungkin kekok melaluinya kerana terlalu lama tinggal di penjara.
“Saya berharap dapat dibebaskan lebih awal supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.
Irwan Shah berkata, sepanjang menjalani hukuman di penjara dan bergelar banduan akhir sebelum ini, terlalu banyak perkara dipelajarinya termasuk soal agama.
Katanya, dia bertekad untuk menjadi seorang insan berguna dan tidak akan terlibat dalam jenayah lagi selepas ini.

sumber;sinarharian
0 Komentar untuk "Terlepas hukuman mati"