ShareThis to the world!

''sesuatu yang pelik''



SEBUAH gambar entiti pelik dan aneh yang berjaya dirakamkan ketika sidang media khas yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu telah mendapat perhatian ramai netizen.
Penampakan seperti tangan (lihat bulatan dalam gambar) yang terletak di atas riba mantan Perdana Menteri itu dipercayai bukan pun anggota tubuh milik tokoh negara tersebut.
Entiti pelik itu telah menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya dalam kalangan orang ramai malahan mula menjadi viral menerusi laman-laman web tempatan sejak Isnin.
Adakah ia penampakan makhluk halus atau hanya halusinasi masyarakat yang melihat gambar itu? Itu semua terpulang pada persepsi dan pandangan individu yang melihat gambar tersebut.
Gambar yang mula viral itu dipercayai telah diambil pada Isnin lalu ketika Tun M mengadakan satu sidang media khas yang juga dihadiri bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir ialah beberapa pemimpin politik terkenal tanah air iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Ong Tee Keat.
Ia berhubung dengan isu-isu politik semasa termasuk penahanan bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan dan peguam, Matthias Chang. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "''sesuatu yang pelik''"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info